Friday 10 August 2012

Pemimpin Yang Sebenar


Ramai orang berebut-rebut hendak menjadi pemimpin rakyat
Kalau tidak pemimpin besar pun pemimpin kecil pun jadilah juga
Mereka bukan fikirkan tanggungjawab
Mereka fikirkan adalah jawatan pemimpin itu pintu rezeki atau kekayaan
mengumpulkan harta
Kalau mereka sedar dan faham pemimpin itu adalah tanggungjawab yang berat
akan disoal di Akhirat
Mereka adalah khalifah Tuhan untuk rakyat agar rakyat dibawa kepada Tuhan
tentu mereka takut menerimanya
Pemimpin sebenarnya adalah guru boleh memberi ilmu dunia Akhirat
Mereka juga adalah pendidik, diri mereka adalah contohnya
Peribadi mereka adalah ikutan anak zamannya
Mereka juga adalah payung rakyat atau payung pengikut-pengikutnya
Mereka sanggup kepanasan kena hujan asalkan rakyatnya atau pengikutnya selamat
Pemimpin juga adalah bapa sangat bertanggungjawab
Mereka juga adalah ibu tempat bermanja, tempat mengadu
Pemimpin juga adalah kawan setia
Sangat mengutamakan kawan daripada dirinya
Sangat mengambil berat terhadap kawan-kawannya
Pemimpin adalah penyelamat manusia, pembela rakyat jelata
Kalau begitulah peranan pemimpin, takut orang hendak merebutnya
atau meminta-mintanya
Malu hendak menerimanya, kalau sangat ditawarkan kepadanya
Ramai yang menolak, sedikit yang menerima
Sekarang jawatan kepimpinan jadi rebutan
Hingga kamu jatuh-menjatuhkan sesama sendiri
Pecah ukhwah, hilang perpaduan, renggang kasih sayang
Bahkan ada yang sanggup membeli jawatan dan merasuah orang ramai
Pemimpin yang layak, bertanggungjawab pula tidak ada ibu bapa
pun tidak mengapa, tetap terbela
Apakah anda layak menjadi pemimpin ketika rebutan?
Jawapannya adalah ada pada anda

15.7.2004 – 2
Menjelang tidur

Monday 6 August 2012

Aku Menangis

Aku Menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum redha dengan takdir-Mu
Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum dapat bergembira dengan kegembiraan orang lain
Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum dapat mengutamakan akhirat
Demikian tidak sucinya hatiku
Lalu aku menangis selalu
Kerna sakitnya hatiku 
Kerna terasa beratnya bebanku ini
Mengapa Kau menguji begini Tuhan?
Apakah maksud-Mu itu?
Apakah sebagai pengampunan dosa?
Peningkatan darjat atau kutukan penghinaan?
Tuhan Kau adalah Tuhan Yang Maha Rahim
Cukup baik dan paling baik 
Masakan Kau bermaksud jahat padaku
Sedangkan Kau tahu betapa rindunya aku
Jadi manusia yang baik selamat dunia dan akhirat
Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku hanya mahukan cinta dan rindu pada-Mu
Aku menangis wahai Tuhan
Memohon hati yang sejahtera
Bersama rasa redha dan sabar hingga ku mampu tenang tika di uji
Ketika air mataku mengalir
Di waktu ku sujud pada-Mu
Untuk menagih keampunan-Mu
Dan pinta di isi hatiku dengan iman dan taqwa
Tuhan sungguh ku yakini dengan KepemurahanMu
Kerna sudah sering Kau menolongku dikala ku di uji
Moga kali ini ku kan dapat menjadi hamba-Mu
Yang redha dengan Tuhannya dapat bergembira dengan orang lain
Aku menangis wahai Tuhan
Bukan ku tangiskan lagi dunia yang menipu ini...

Sunday 5 August 2012

Maaf vs Dendam

Ada org bg tahu aku, kemaafan itu adalh dendam yg terindah.  Betul ke? Hurmm... Tapi bila aku fikir balik, btl juga. Memaafkn itu lebih indah dari berdendam.. Sbb, klu kita brdendam, kita akn sakit hati dn jiwa kita tidak akan tenang smpai bila2.. Tp, bila kita maaf kn org yg kita sakit hati atau brdendam itu, hati kita pasti akan jadi tenang. walau sebanyak mana pun kejahatan yg dia buat kepada kita..

Saturday 4 August 2012

Hurmm... knp mudah sangat utk kita jadi jahat berbanding untuk kita membuat kebaikan? Kadang-kadang aku tertanya-tanya.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.. Buat semua  teman-teman. sy budak baru lg d sini. Harap klu ada slh dn silap ttg blog sy ni, tgur2 lh ye.. :)